Nuffnang Ads

Thursday 9 October 2008

Syahwat lelaki teransang 30 kali sehari

Wow! There's no word to describe it. Here are some reasons for the average 30 times:

1. ADA YANG PAKAI TUDUNG SINGKAT
-Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. ADA PAKAI TUDUNG, TAPI PAKAI T-SHIRT LENGAN PENDEK
-
Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. ADA PAKAI TUDUNG, TAPI PAKAI JEANS TERAMAT KETAT
-
Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. ADA PAKAI TUDUNG, TAPI PAKAI KEBAYA KETAT
-
Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. ADA YANG PAKAI TUDUNG, TAPI PAKAI KAIN SINGKAT, MACAM MINI SKIRT
-
Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!!

6. RAMAI PEREMPUAN PAKAI TUDUNG, TAPI BERMEKAP TEBAL DAN BERWANGI-WANGIAN
-
Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. ADA PEREMPUAN BERTUDUNG, 'MERENDEK PULA DENGAN PACAR
-
dekat bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. RAMAI PEREMPUAN SUKA PAKAI KASUT BERTUMIT TINGGI
-
Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki
tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki
mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak
30 kali sehari. Ini adalah semulajadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal.
Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.


HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi
tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Sama-sama kita fikirkan..
Wallahua'lam.


Source: http://khalifmujahid.blogspot.com/


So, like...what are your comment guys? For me, it is a bit too one-sided. Men cannot blame women 100% for things they've done wrong to women, such as rape and sexual harassment. Even there are a few cases where perempuan yang betul-betul tutup aurat kena rogol and bunuh. Remember Noor Suzaily Mokhtar?



No comments: