Nuffnang Ads

Monday 28 July 2008

Well...

Well, what do you know. Politics have taken another twist. Saiful was never sodomised in the first place. Well, well, well. Looks like UMNO and BN goons are really trying hard to break up the People's Alliance and also stop the rise of Anwar in politics. Well, it almost worked. Nice try goons. You should try harder next time.
LOL :D

Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat

Harakahdaily
Mon | Jul 28, 08 | 7:19:05 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

Menurut Malaysiakini, salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.

Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".

Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.


SPREAD THE WORD EVERYONE!!!
I got mock exams to focus on. Till then, ciao and Makkal Sakti!

Tuesday 15 July 2008

New Rukun Negara

Kami,
Rakyat Malaysia,
Berikrar,
Akan menumpukan,
Seluruh tenaga dan usaha kami,
Untuk mencapai,
cita-cita tersebut:

Kepercayaan kepada PM,
Kesetiaan kepada UMNO dan BN,
Keluruhan undang-undang BN,
Kedaulatan PDRM
Penipuan dan banyak rasuah...


Thank you. (Just a comment I found from Malaysia-Today user)

Friday 11 July 2008

Pilih Pakatan Rakyat ganti kerajaan UMNO/BN

Permintaan Umno supaya "Yang di-Pertuan Agong campurtangan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera" (Utusan Malaysia, 8 Julai 2008) ibarat mengesahkan satu perkara sahaja iaitu Umno yang telah mengangkat kedua-dua belah tangan.

Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?).

Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air.

Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.

Jika orang Umno asyik minta Yang Di-Pertuan Agong campur tangan untuk memperbetulkan setiap kali kesalahan yang dibuat mereka, sedarkah Umno bahawa Yang di-Pertuan Agong inipun adalah Raja bagi seluruh warganegara.

Apa kata jika mereka pun mengangkat memorandum balas membantah dasar-dasar diskriminasi Umno terhadap segala ketidakadilan Umno.

Ini semua bertolak dari perletakan paksi perjuangan yang salah. Jika Umno dari awal tidak meletakkan paksi bangsa dalam perjuangannya, bahkan meletakkan Islam sebagai asas, saya percaya keadaan tidak jadi setenat ini.

Apabila Umno membesar-besarkan bangsa, mengibar keris telanjang, mengacah dan mengucup keris berterusan, orang bukan Melayupun boleh gerun.

Apabila naluri manusia terasa terancam, mereka pada logiknya juga akan menggunakan sentimen bangsa sebagai perisai pertahanan yang sama. Mereka akan mengumpul dan menggunakan persamaan dan perkongsian sentimen sebagai benteng pertahanan.

Ini segala-galanya berpunca dari Umno. Sebab itu, polemik mengenai perpaduan nasional tidak pernah selesai.

Jika Islam yakin bahawa kaedah pengagungan bangsa adalah formula yang tepat, sudah lama Nabi SAW menggunakan keunggulan suku bangsa Quraisy sebagai tunjang perpaduan kaum. Semua orang diwajibkan menerima Quraisy segagai bangsa "superior".

Soalnya, kenapa Nabi Junjungan kita tidak memilih berbuat begitu?

Bahkan sebaliknya, Baginda menempelak asobiyah bangsa dengan sepotong sabda bermaksud, "tiada kelebihan bangsa Arab atas bangsa �Ajam kecuali dengan taqwa."

Kini sesudah 50 tahun, tanpa diatur dan ditunjuk-tunjuk oleh pemimpin Umno sekalipun, orang Melayu sudah lama tahu punca silapnya orang Melayu.

Mereka sangat tahu bahawa kegagalan ini disebabkan pengkhianatan pemimpin Umno dahulu dan sekarang yang tergamak memperkuda dan memperhambakan Melayu sesama Melayu.

Berselindung di sebalik istilah bumiputera, mereka (Umno) ratah daging dan darah sesama Melayu. Jika adapun usaha, mereka cuma berminat mengada-adakan projek yang boleh memperkayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni.

Lihat sahaja isu di sekitar penjualan pasir satu waktu dulu, penguasaan saham di ECM Libra, Scomi, pembelian bas-bas RapidKL, isu kapal selam, siapa berada dibelakang Bernas dan terkini pula berbangkit soal tuduhan penglibatan pemimpin Umno dalam kontrak pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang atau disebut LCCT.

Saya cuma sedut beberapa contoh untuk sekadar menggambarkan perihal curiganya rakyat terhadap kerja Umno yang kononnya membela orang Melayu.

Bila terdesak rapat ke dinding, mulalah panggil Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Satu masa nanti, jangan terkejut jika Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kitapun boleh tiba ke tahap meragui keupayaan Pemimpin Negara yang ada sekarang. Di peringkat itu, saya tidak tahulah apa yang akan terjadi.

Sekarang, benih yang salah, yang ditanam 50 tahun lalu sudah berbuah. Ia beracun dan cukup pahit bila dimakan.

Ia telah menimbulkan loya dan sedang menyebabkan muntah-muntah di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Hakikat jatuhnya hampir separuh kerajaan-kerajaan negeri dari tangan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu adalah testimoni.

Ini berbeza dengan PAS. Kita tidak bermuka-muka. Kita mahukan Islam sejak dari tahun 1951 hingga kini dan Insya Allah, hingga sampai ke hari kiamat.

Jika Umno bermula dari Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini.

Dengan menolak Islam dan mengambil faham kebangsaan, Umno secara terbuka sanggup mendepani mana-mana gerakan siasah yang mahukan Islam.

Bermacam-macam tindakan zalim telah dibuat walaupun di luar lingkungan keizinan demokrasi.

Dalam banyak hal, dia (umno) memperalatkan kuasa majoriti yang diperuntukkan dalam amalan demokrasi untuk menyekat dan menyusahkan pergerakan dan kemajuan agamanya sendiri.

Saya masih ingat lagi bagaimana ramai ulama�, ustaz dan aktivis Islam ditangkap dan disiksa.

Ada Adun PAS yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an.

Ada Adun dari Pasir Mas yang disumbat ke dalam penjara hingga menjadi hilang ingatan.

Ada jambatan dibakar di Rantau Panjang untuk menyekat pengundi-pengundi PAS dari keluar mengundi.

Ada penjawat awam yang menyokong gerakan Islam yang ditukar, ditahan kenaikan gaji dan disekat kenaikan pangkat.

Ada yang dicerai dan hidup menjanda kerana rumahtangga mereka porak peranda akibat suami yang disumbat ke penjara melalui ISA. Semuanya ini terlalu banyak berlaku di Kelantan.

Di Kedah pula, 14 orang ustaz dan orang awam dikepung dan ditembak hidup-hidup pada tahun 1986. Memali tiba-tiba menjadi kolam darah yang mengambus jasad syuhada, pejuang dan para wali.

Tanpa segan silu, Umno jugalah yang menafikan banyak peruntukan pusat dari mengalir ke Kelantan dan Terengganu. Siapa berani mengatakan bahawa sekatan penerimaan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu diantara tahun 1999 � 2004, misalnya, tidak berunsur politik?

Kini, Umno memutuskan Kerajaan Terengganu diberikan semula royalti kerana diperintah oleh Umno/BN.

Tidak zalimkah lagi? Lihatlah betapa siksanya pejuang-pejuang, penyokong-penyokong dan pencinta Islam untuk hidup di bawah dasar-dasar kemelayuan Umno yang melampau.

Pendek kata, terlalu panjang senarai kezaliman yang dilakukan oleh Umno kerana mengambil kebangsaan dan meninggalkan Islam.

Kini setelah 50 tahun, segala kudis, nanah, panau dan kurap penyakit asobiyah telah keluar ke permukaan.

Ada kes pembunuh Altantuya yang disebut-sebut melibatkan pemimpin tertinggi Umno. Setelah DSAI tidak terbukti melakukan liwat walaupun dituduh melakukan liwat 10 tahun yang lalu, kini dituduhnya beliau sekali lagi melakukan liwat. Lagi!

Belum reda dengan kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga petrol, rakyat dihidangkan pula dengan berita terlepasnya Pulau Batu Putih daripada tangan Malaysia.

Entah. Saya tidak nampak cahaya lagi di hujung terowong masa depan untuk Malaysia baik dunia atau akhirat selagi berada di bawah Umno/BN. Majoriti rakyat pun saya kira sudah berkesimpulan begitu.

Ini boleh dikesan melalui pelbagai tulisan-tulisan kekecewaan baik di akhbar perdana, warta-warta mingguan, media-media nyamuk dan suara-suara berita dari akhbar-akhbar alternatif. Jika orang muda yang selalu buka laman web dan blog, fenomena ini semakin jelas.

Apa yang ada di hadapan rakyat sekarang cuma satu sahaja iaitu memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif.

TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan

6 Rejab 1429/ 9 Julai 2008

Tuesday 8 July 2008

Mumaiyyizkah anda?

Pemimpin Muslim Negara Islam
Khosyatullah, Ahmad Baihaqi Bin Saharun "Adakah Engkau Sudah Mumayyis?"



Tahun 2004,
Malaysia melakarkan sejarah hitam dalam dimensi Islam kerana mempersendakan ajarannya,
Terwujudnya Istilah Islam Hadhari sahaja telah mencemarkan kemurnian islam itu.Kenapa?

Apa itu islam hadhari?

Islam Hadhari (Arabic الإسلام الحضاري) atau "Islam Bertamadun" ialah sebuah teori kerajaan Melaysia bersumberkan prinsip Islam yang diambil daripada Al quran.Ia diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman in 1957 tetapi dengan nama yang berbeza, dan sekarang ia di promosikan oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang PAK LAH

Menghina?

ya, ia menghina islam. Istilah itu sahaja sudah menyatakan penghinaan berat bagi islam."Islam Bertamadun",adakah dengan kewujudan islam hadhari sahaja baru islam itu yang telah sedia established dengan sifat syumuliah itu bertamadun? adakah Islam sebelum ini tidak bertamadun?Dan kita lihat saja islam hadhari yang dipromosikan kerajaan malaysia kini adakah ia benar-benar menekankan ajaran ISLAM yang dibawa oleh Rasulullah?Kalau mata anda tidak buta, Hati anda masih ada kecerahannya,tentunya anda sedar akan dahsyatnya masyarakat islam hadhari sekarang.Pemimpinnya saja telah menunjukkan rupa sebenar Islam yang ingin disampaikannya.Mari kita bandingkan antara pemimpin Islam Hadhari kita dengan Pemimpin negara Islam Iran.

Pemimpin Kerajaan Islam Hadhari Malaysia






Pemimpin Islam Iran





Sudah mumayyiskah anda?
jika sudah.Yang Haq itu jelas dan yang batil itu terang.Lihatlah dengan mata hati keimanan anda.Beza bandingkanlah kebenaran yang hakiki.Pemimpinlah yang mencerminkan rakyat.

http://eszrael.blogspot.com/

Antara Kamunting dan Guantanamo Bay

Terdiam seketika.

Sejarah memutarkan skripnya dengan lakonan kaum-kaum yang bersilih ganti. Tetapi dek kerana segalanya datang dari akal, hati dan nafsu makhluk yang sama bernama manusia, perbezaan zaman tidak membezakan kelakuan.

Hati saya terasa pedih semasa mengulas kisah Yusuf ‘alayhi al-Salam, tatkala tiba ke tafsiran ayat ke-35.

Kemudian timbullah fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa. [Yusuf 12: 35]

Biar pun telah nyata segala pembuktian, bahawa segala kejadian berpunca dari isteri al-’Aziz dan wanita bangsawan yang bersama, Yusuf jua yang akhirnya dihumban ke penjara. Bahkan Yusuf lebih merelakan dirinya untuk dipenjara bersama kesucian prinsip berbanding hidup bebas tetapi memikul kekotoran nafsu wanita-wanita kelas tinggi itu.

Segalanya ditunjukkan Allah… suami yang menjadi Menteri Utama, bacul dan dayus hingga tiada upaya mengawal kelakuan isteri. Nafsunya pula disokong oleh ‘datin-datin’ yang ber’makar’ untuk menundukkan Yusuf kepada kehendak mereka… segalanya adalah skrip yang sama. Kejelekan golongan bangsawan di sepanjang zaman, hingga akhirnya Yusuf dan figura seperti baginda itu jua yang menelan padah.

Bukanlah penjara itu kemuncak segala derita. Sakitnya hukuman itu ialah pada dua realiti yang ada:

  1. Yusuf tidak bersalah
  2. Pemenjaraannya tanpa had masa.

Dipenjara tanpa kesalahan adalah suatu kezaliman. Ia jadi lebih zalim apabila tiada perbicaraan sempurna yang dijalankan. Pensabitan hanya atas budi bicara manusia pemegang cemeti lagak al-’Aziz dalam kisah Yusuf. Dan segala kezaliman itu disempurnakan dengan hukuman tanpa had masa.

Tatkala Allah SWT mengungkapkan di dalam ayat itu, bahawa hukuman tahanan ke atas Yusuf adalah ‘hingga ke suatu masa’, saya tidak dapat lari dari tersungkur di hadapan segala keperitan yang ditanggung oleh tahanan ISA di negara kita. Yusuf dan mereka yang terkurung atas nama ISA, bukan dipenjara tetapi mereka ditahan. Ia bukan hukuman, tetapi suatu bentuk penyeksaan.

Masakan tidak?

Ditahan tanpa bicara.

Ditahan tanpa had masa.

Biar pun pemenjaraan berlangsung dengan ketetapan 30 tahun, sekurang-kurangnya 30 tahun itu boleh dihitung. Setiap satu hari berlalu, memendekkan tempoh 30 tahun yang telah ditentu. Tetapi tatkala penahanan berlaku tanpa had masa, ia membunuh segala harapan.

Tanpa harapan tiada kekuatan.

Tanpa kekuatan, manusia mati sebelum mati.

Perasaan saya yang sungguh berkecamuk tatkala menelaah Surah Yusuf ditimpa lagi oleh rasa sedih, marah, panas dan membara tatkala menatap pemergian al-marhumah Aina Mardiah Shahrial yang kembali ke Rahmatullah semalam (3 Julai 2008). Anak gadis ini koma di Hospital Kajang selepas terjatuh di rumahnya. [BERITA PENUH DI HARAKAHDAILY]

Sungguh memilukan, Aina Mardiah sudah sejak sekian lama tidak menatap wajah ayahnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun lalu! Beliau kembali kepada Allah dalam kerinduan. Membesar tanpa ayah, yang ditahan, bukan dipenjarakan.

Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) untuk mendapatkan pelepasan Shahrial Sirin berdepan dengan birokrasi Napoleonik yang sungguh luar biasa. Shahrial akhirnya tiba di rumah pada jam 9 malam dan hanya dibenarkan oleh pihak polis bersama jenazah anaknya serta ahli keluarga yang lain selama satu jam! [Laporan di sini]

Sesungguhnya setiap titis air mata yang mengiringi pemergian adik Aina Mardiah Shahrial, adalah minyak yang menyalakan kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla terhadap kezaliman yang sudah menjadi pakaian al-’Aziz dan regimnya.

Demi Allah, saya tidak dapat melihat di manakah bezanya antara regim yang mempertahankan kem Guantanamo Bay dan kem ISA Kamunting di negara kita. Jika al-’Aziz dan empayar Mesir serta sekalian yang mengikut jejak kezaliman mereka tumbang di dalam sejarah, mengapa harus kezaliman hari ini, rasa aman dan terkecuali dari hukuman-Nya?

Saya tidak berpendapat bahawa kezaliman ini terbit dari apa-apa ideologi yang menjadi pegangan kuasa yang memerintah. Sama ada kezaliman itu datang dari kelakuan seorang yang ‘muslim’ atau pun ‘kristian’, hakikatnya ia hanyalah kehendak hawa nafsu manusia durjana yang sanggup melakukan apa sahaja demi survival dan kelangsungan kuasa mereka.

Dari Abi Dzar al-Ghifari –semoga Allah meredhainya- dari Nabi saw., menyampaikan apa yang diterimanya dari Rabbnya, bersabda, “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.” (H.R. Muslim)

Semoga kematian yang menimpa adik Aina Mardiah menjadi kerehatan buat diri al-marhumah daripada kepenatan dunianya yang penuh kesedihan dan penindasan itu.

Kepada pembaca budiman yang sedia menyumbang, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Thursday 3 July 2008

Akuan Bersumpah dakwa Najib-Altantuya ada hubungan

Azamin Amin
Thu | Jul 03, 08 | 4:23:47 pm MYT

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Penyiasat persendirian Abdul Razak Baginda, Balasubramaniam Perumal telah membuat pendedahan mengejutkan melalui satu surat akuan bersumpah berkaitan hubungan di antara Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Altantuya Sharibuu.

Surat Akuan bersumpah yang dibuat pada 1 Julai lalu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur itu turut menyatakan secara terperinci perbincangan di antara Bala dengan Razak tentang Altantuya dan hubungannya dengan Najib sebelum terjadinya pembunuhan pada malam itu.

Pendedahan itu dibuat dalam sidang media bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim, di ibu pejabat KeADILan, Petaling Jaya tengah hari ini tadi dan hadir sama dalam sidang media itu pemimpin KeADILan, Tian Chua, Sivarasah, Saifuddin Nasition, Azmin Ali serta kelihatan bersama-sama pihak media ialah Raja Petra Kamaruddin.

Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanun yang dicetak dalam bahasa Inggeris setebal 16 halaman itu turut diedarkan kepada wartawan dalam dan luar negara.

Antara dakwaan Bala dalam surat akuan itu ialah, Razak telah memaklumkan kepadanya bahawa Najib telah memperkenalkan Altantuya yang dikenali sebagai 'Aminah' kepada Razak di Pameran Berlian di Singapura.

Selain itu Najib didakwa telah memberitahu Razak bahawa beliau telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya dan memberitahu Bala bahawa ketiga-tiga mereka, Najib, Razak dan Altantuya telah bersama-sama menghadiri makan malam di Paris.

Dalam surat akuan itu juga, Altantuya juga dikatakan telah meminta wang sebanyak 500,000.00 dollar Amreika sebagai komisen terhadap perjanjian Kapal Selam di Paris.

Bala yang berpangalaman sebagai anggota polis semenjak tahun 1981 telah ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu dan mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Tujuan akuan bersumpah itu dibuat adalah kerana beliau kecewa dan tidak berpuas hati dengan tahap penyiasatan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa dalam berkaitan pembunuhannya itu dan butiran-butiran termasuk hubungan Najib-Altantuya yang disebut adalam akuan terbabit tidak pernah dibangkitkan dalam perbicaraan kes tersebut, kata Bala.

"Kenapa saya di tahan di dalam lokap pada awalnya selama tujuh hari sedang sepatutnya mereka hanya perlu mengambil kenyataannya saya sahaja malah saya di dakwa atas seksyen penal code 302 ?" katanya yang turut ditemani oleh peguammnya.

Ketika di tanya sama ada beberapa dakwaan yang di sebut itu adalah benar, peguam beliau menjawab bahawa apa yang terkandung dalam akuan bersumpah itu antaranya adalah percakapan atau maklumat yang disampaikan oleh Razak Baginda kepada Bala.

"Bala tidak boleh menentukan bahawa apa yang dikatakan oleh Razak itu benar atau sebaliknya. Perkara itu hanya boleh ditentukan di mahkamah," katanya.

Sementara itu Bala juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan rakan rapatnya.

Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari beliau ditahan berhubung siasatan pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan daripada Najib yang menyatakan "beliau telah bercakap dengan ketua polis negara".

Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa "perkara itu akan diuruskan oleh ketua polis negara".

Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberitahu semua itu kepada polis ketika mereka mengambil kenyataannya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.

Anwar dalam sidang media itu turut menyatakan bahawa terdapat arahan daripada pihak-pihak tertentu supaya pihak media tidak membangkitkan nama 'Najib' dalam pemberitaan mereka.

"Saya dapat tahu, media arus perdana di arahkan untuk tidak menyiarkan berita yang ada hubung kait dengan Najib," kata Anwar.

Anwar juga menyatakan bahawa Najib menganggap bahawa beliau dan Raja Petra sedang merancang untuk menjatuhkan karier politik beliau sedangkan perkara itu tidak berlaku malah ianya bukanlah satu serangan peribadi atau pembalasan dendam.


www.harakahdaily.net

Stunning claims linking Najib to Altantuya

http://youtube.com/watch?v=o6915jOQsAE

Copy and paste the link above, watch the video.

Politics info

http://sopo-sentral.blogspot.com/
www.malaysia-today.net
www.tranungkite.net
www.malaysiakini.net
www.harakahdaily.net

Those listed above are some of the websites that you can access for the latest political update, if you find the government news bemusing or untrusted.

By the way, as you all know, Malaysia-Today has been blocked by government hackers because Anwar Ibrahim is gonna present evidence of his beat-up by the current Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa and the IGP general, Datuk Rahim... (the most likely reason). However, being me, I don't know the exact reason why the government hackers blocked Malaysia-Today.

Whatever it is, keep with the updates guys... It's gonna be interesting to see what happens next...