Nuffnang Ads

Sunday, 25 April 2010

Hulu Selangor by-election results

First of all, congratulations to BN for winning the Hulu Selangor by-election with a majority of 1,725 votes. You had the advantage from the start. However, we did gave you all a good fight, considering that Hulu Selangor is your own fortress. Thus, we will live to fight another day. Watch out for Sibu by-election on May 16. And one last thing, please ensure you fulfill all your by-election promises. If you don't, those voters who voted for you would easily abandon you. Thus, one lesson to be learned, never mess with the rakyat's power.

MIC - 24,997 votes
PKR - 23,272 votes
Majority - 1,725 votes

My prediction for Sibu:
BN to win by a majority of 2,000 votes.
Any takers?

Saturday, 24 April 2010

Why BN will win Hulu Selangor tomorrow

1. Personal involvement of the PM, DPM and Tun Mahathir
2. Goodies being splashed out all over the place
3. It's a semi-rural area
4. Extensive personal attacks on Zaid Ibrahim
5. It's an UMNO fortress among the Malay voters there
6. 13,000 voters have been moved
7. Possible midnight raid to splash even more goodies tonight.

Enough said. I'll eat humble pie if BN loses tomorrow.

Friday, 9 April 2010

By-elections galore

Today, we received news of another death of a politician. This time it's in Sibu, Sarawak. Condolences to the late Sibu MP who died after a prolonged battle with cancer.

Not too long ago, we heard about the death of Hulu Selangor MP, causing another by-election this year. We already know when the by-election would be, which is April 25. This by-election would be a good indication of whether support is coming back to BN or support for change remains status quo.

If BN wins Hulu Selangor, that means people's support for BN is on the rise again, with a recovering economy and an unemployment rate of only 3.6%; which means good times of the economy is coming back. The rule of economics about a strong economy is that, the incumbent party would hold firm. And there's no prizes for guessing that one.

However, if BN failed to regain the Hulu Selangor seat that it lost 2 years ago, what are the implications? For me, I am lazy to think of the implications, but I know one of them is a signal to BN that retaking Selangor is never an easy task. Of course, there were rumours that the PR state government of Selangor was about to fall during the month of January 2010, with sabotage works under the alleged orders of former MB, Khir Toyo (UMNO), was already in place. There were backlogs all over the place. Thus, the stage was set.

However, it didn't really go according to plan as the death of Teoh Beng Hock at the MACC premise was hot news in Selangor, and all over Peninsula Malaysia. Almost everyone was talking about that. Thus, taking over 3 months ago wasn't a good idea at all. So they postpone it and said they will win back Selangor in the elections. We'll see about that. If majority of Selangorians are happy with PR's governance, they might give them another term in office, and vice versa.

For me, I plan to register as a voter as soon as I turn 21 this October. 1 vote can make a load of difference. Being a former BN supporter in secondary school, I was ignorant about some of the lies that the mainstream media spinned. Yup, I read newspapers, considering most of them the truth. I didn't check and balance. I don't know blogs, I don't know Malaysia-Today, I don't know Malaysiakini, I don't know Malaysian Insider, etc...

In pre-U, a friend of mine, son of ADUN Batu Buruk, was reading those blogs that I was never exposed to. So, I became curious, and I read it as well. I find that so many things that the mainstream media is hiding from us. They had almost nothing but praise for BN, which sounds one-sided in any case. But of course, the same thing happens when you read only opposition blogs without its balances. It's also one-sided. So, who do I turn to for balanced coverage of both BN and PR, and of course, not to forget, Independents? MALAYSIAKINI. Another friend of mine also gave me his username and password so that I can access Malaysiakini and read the whole news. Yes, weaknesses of BN and PR exposed well in this section. Some do their jobs well, some are sleeping on it. Malaysiakini is the best thing that can happen in politics, because they bring that check and balance to either federal or state governments alike. Letters posted on Malaysiakini were from both sides of the divide, and those fence sitters. It's enjoying to read those letters of both sides so that we can evaluate for ourselves.

Of course, there are 2 newspapers I know that are also quite balanced in their coverage of both BN and PR. "The Sun" and "Sinar Harian". I rarely read The Sun, but one of my pre-U friends worked there part-time before he went off to RMIT in Australia for studies. He said The Sun was quite balanced, and I can vindicate his statement when I read it for myself. Even sometimes I bought Sinar Harian. It's quite heartening to see people's problems being highlighted. So both sides of the political divide had their fair share of weaknesses. It's good that these daily life problems are reported so that people have a voice to those responsible, whether be it PR or BN. So, I can only wish that the rest of the mainstream media (Star, Utusan, NST, etc...) can be like Sinar Harian and The Sun. Fat chance I guess. ;P

Anyway, back to the by-elections. We all know Sibu was under Sarawak United People's Party, a component under Barisan Nasional. They won it with a majority of 3,000 last time around. Therefore, I can't see Pakatan Rakyat winning this seat, with Sabah and Sarawak are BN strongholds, except for Kota Kinabalu and Kuching. But, but... they do have a chance in the very least to slash the majority from last time, provided with the right tactics.

So, here's my 2 predictions for Hulu Selangor and Sibu:
Hulu Selangor - BN to win by a majority of 5,000 - 7,000 votes
Sibu - BN to win by a majority of 3,000 votes

Why I say Hulu Selangor is the case? This is because, it has long been a BN fortress. Back in 2004, they won this seat by a majority of 14,000+. For them to extraordinarily lose this seat is unbelievable. But since then, I can bet they have learned their lesson. Never ever take votes for granted. Serve the people, and you will be courageously rewarded with self-satisfaction.

So here's to April 25 and the other date I don't know for Sibu until EC decides. It's gonna be fireworks. Cheers.

P/S I still remember my vow that I will play ping pong left handed all day if PR wins in Hulu Selangor. Man... do I love to be a pessimist. ;P

Thursday, 8 April 2010

Who's APCO?

Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan "strategi komunikasi" dan "membina imej" negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel - Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) - serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO - merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan - termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?

Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng - seorang bekas polis Singapura.

Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an) seorang "musuh" dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian?

Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa 'tokoh' yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk "membeli" beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian - kebanyakannya Muslim - juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Beginilah senarai pemimpin yang kini disertai oleh Perdana Menteri Najib, yang seandainya tidak mengenal malu.

Adakah ini sebuah pengakuan diam bahawa Perdana Menteri mempunyai beberapa kesamaan dengan pemimpin-pemimpin yang dituduh berasuah dalam negara kaya dengan minyak, gagal menghentikan konflik perkauman, serta mengakibatkan kematian?

Keputusan Perdana Menteri untuk membuka Malaysia kepada pengaruh Zionis dan anti-Islam serta berganding bahu dengan para perasuah yang paling parah di dunia harus dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.

Source: http://tukartiub.blogspot.com/2010/04/mari-berkenalan-dengan-apco.html

History and reality

Negara kita, Malaysia merupakan sebuah tanah subur, dimana banyak Negara ingin menaklukinya. Sejak zaman dulu lagi, tanah ini sering dikunjungi pelawat asing yang selepas itu mula merancang serangan keatas tanah kita. Kita bermula dengan Srivijaya, Portugis, Perancis and Belanda; kemudian Jepun. Negara kita sebelum merdeka memang penuh dengan pelawat-pelawat yang berkenan dengan tanah kita. Namun, kita tidak pernah tunduk kepada apa-apa kuasa asing tanpa melawan, kecuali kepada Negara Cina dimana bunga emas dihantar sebagai tanda persahabatan dan juga ufti perlindungan. Ini bermaksud, Cina telah lama memberi perlindungan kepada kita pada masa itu.


Semasa dalam jajahan, ramai rakyat asing dibawa masuk ke Negara kita untuk berkerja. Semasa Negara kita berunding untuk mencapai kemerdekaan pula, Philipina dan Indonesia pula berhasrat hendak bergabung. Ini bererti, Negara kita maju, makmur dan popular sebagai tempat untuk mancari nafkah hidup yang lebih baik.

Parti UMNO lama, dengan bantuan beberapa individu yang berbangsa Cina dan India, sememangnya telah berusaha dan berjaya mencapai kemerdekaan Negara; dan jasa mereka tidak patut kita lupai. Malaysia, selepas kemerdekaan menjadi semakin stabil. Rakyat kita, yang dilantik sebagai wakil rakyat, telah berusaha mempelajari cara-cara penyelengaraan institusi dan berjaya membawa Negara kita ke tahap baru sosial and ekonomi. Perubahan ini tidak mudah diterima oleh rakyat. Sesetengah rakyat kita dapat mengharungi perubahan dengan perubahan diri dan dapat meyesuaikan diri mereka secara beransuran. Bagi yang lain, mereka mendapati diri mereka terpinggir dan diabaikan.

Pada masa itulah rakyat kita mula terbawa dengan situasi ketidakseimbangan sosial itu dan mula berkomplot menjatuhkan kerajaan dengan dalih bahawa rakyat mereka diabaikan. Terjadilah perbalahan May 13. Akan tetapi, selepas kemerdekaan, dan selama 52 tahun selepas kemerdekaan, perbalahan dan pengambilalihan puncak pengurusan negara hanya berlaku diantara rakyat Negara kita sendiri. Selepas kemerdekaan, tidak ada lagi kuasa asing yang dapat menawan Negara kita. Namun kita mungkin tidak dapat menhayati semua itu lagi.

Pada zaman sebelum Merdeka, rakyat asing beria-ia hendak datang tinggal dan berkerja di negara kita. Sekarang, rakyat kita cuba sedaya upaya untuk keluar dari sini. Kalau negara kita dulu maju dan makmur, sekarang ia semakin mundur. Tetapi, yang peliknya, negara kita masih penuh dengan hasil-hasil semula jadi; masih penuh dengan kayu-kayan; masih ada petroleum. Kalau dibezakan dengan Singapura, negara kita jauh lebih “kaya” dengan tanah, dan sumber semulajadi. Kenapa kita mundur?

Dengan munculnya APCO dalam pengurusan hal-ehwal negara kita, ia bermaksud kita sudah tidak berkebolehan untuk mengurus negara sendiri. Pada zaman sebelum kemerdekaan, sebab yang sama juga kita tidak dianugerahkan dengan kemerdekaan walaupun wakil kita telah banyak kali berulang alik ke negara asing untuk berbincang mengenainya. Dalih mereka: Kita masih tidak berkebolehan mengurus negara sendiri.

Sekarang, wakil rakyat kita meminta campur tangan asing. Kalau dulu, pendekar kita tidak menyerah kalah dan terpaksa mati bertahan serangan asing; sekarang wakil kita menyerahkannya secara suka-rela. Tidak mampukah kita mengurus Negara sendiri sehingga memerlukan campur tangan asing secara langsung? Dengan itu, adakah ia bermaksud wakil kita tidak berkebolehan mengurus Negara? Dengan itu juga, adakah ia bermaksud kita bakal hilang kemerdekaan kita? Nasib masa hadapan Negara diletakkan keatas tangan wakil kita, dan inilah yang dibuat mereka – menyerahkannya kepada kuasa asing. Dengan kekejaman dan tindasan yang dilihat di Israel, adakah Negara kita akan menjadi sebuah tanah jajahan mereka di masa depan kelak? Adakah kita akan kembali ke zaman sebelum Merdeka, dimana kita dijajah sana dan sini.

Nasib Negara diletakkan di tangan wakil rakyat. Pilihan wakil rakyat diletak di tangan kita. Pilihlah wakil yang boleh membantu negara kita, dan kita untuk maju, manangkis serangan dan hasrat kuasa asing untuk menjajah secara langsung dan tidak langsung. Negara kita diambang kemerosotan dengan keputusan wakil rakyat kita untuk membenarkan campur tangan kuasa asing; dengan melarang dan memanipulasi kuasa ketua Negara iaitu Raja kita. Kita tidak akan dapat melepaskan diri sehingga kita menukar wakil-wakil yang menjual maruah negara. Untuk masa depan yang lebih selamat, aman dan makmur, buatlah pilihan yang wajar.

Source: http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31064:tahun-2011-malaysia-tanah-jajahan-israel&catid=18:letterssurat&Itemid=100129

Why are M****s poor?

Of late, the pressure is building up to convey the impression that the Malays are poor because of the non-Malays. It is trumpeted that the non-Malays are enriching themselves at the expense of the Malays.

This erroneous and mischievous line of argument is deliberately pushed to achieve two objectives: one, to get the Malays riled up and to create hatred for the non-Malays as the source and cause of Malay poverty. Two, this is a ploy to consolidate the position of these hate-mongers so that they could be accepted as the defenders of the race and champions who would deliver the Malays from their wretched situation.

But these extremist elements do not reveal how they have benefitted from the policies of Umno that were supposed to be meant for the welfare of the majority poor Malays. They do not reveal how the benefits have gone to the crony corporate figures and the well-connected political elite irrespective of their ethnicity.

They do not disclose how billions of ringgit have been squandered to rescue failed ventures of their elite group. They do not disclose how billions were pumped into Bank Rakyat and Bank Bumiputera to sustain them. They do not disclose why Mirzan Mahathir's floundering and debt-laden shipping empire had to be bailed out with our national wealth. They do not disclose why Tajudin Ramli's stake in MAS was bought over for RM8 per MAS share when the market price was only RM3.62.

Likewise many other individual Malays have benefitted enormously. They don't lose out when their businesses fail but they gain in spite of their failure. Contracts, licences, approved permits, new shares and what-not are grabbed by these individuals for themselves and their families. The poor majority Malays do not benefit from these policies.

It was recently disclosed that out of RM54 billion in shares allocated for the bumiputera, only RM2 billion is still in their hands. What has happened to the RM52 billion that cannot be accounted for? RM54 billion is a colossal sum of wealth that have been dished out. How did the RM52 billion disappear into thin air?

After 40 years of the NEP, it is absolutely unacceptable that the deserving poor have not benefitted in the way it was intended. Sometimes we wonder if the Malays are kept poor simply and deliberately to get their votes by blaming the non-Malays for their abject situation.

During the last 40 years, the Umno president and deputy president were prime ministers and deputy prime ministers wielding great powers, influencing policies and determining the fate of the Malays. Every minister of education since Merdeka has come from Umno. Every finance minister after Tan Siew Sin was an Umno man.

Every rural development minister was an Umno man. The cabinet was dominated by Umno leaders. How come with this heavy representation of Umno leaders in the cabinet the vast majority of Malays remain deprived and desperately poor? How did Umno, ever ready to advance Malay interest, permit this neglect?

The Umno-dominated Barisan Nasional holds the purse strings of the national wealth. Why wasn't this wealth distributed to the poor as well? Why did the greedy grab everything? Was this done without the knowledge of the Umno leaders?

Don't blame the non-Malays who have no say in the policies of the government, blame it on Umno. Who squandered the national wealth on prestigious projects at the neglect of the poor? Who bailed out crony businessmen by writing off billions of ringgit?

It is Umno and nobody else. If the Malays are poor, it is because of Umno. Don't blame it on others. There is a serious lesson to be learnt from John F Kennedy's view: 'If a free society cannot help the many who are poor, it cannot save the few who are rich'. Be warned.

Link: http://www.malaysiakini.com/letters/128360

Pergilah sokong UMNO! Peduli apa aku!

Monday, 5 April 2010

Dengan keyakinan

Memang benar seperti yang diberitahu oleh Rasulullah SAW, pada akhir zaman orang yang hina (justeru jauhnya hubungan mereka dengan Allah) diangkat dan dimertbatkan ke darjat yang mulia.

Manakala orang yang mulia (kerana akrabnya dengan Allah serta sangat menjaga hukum-hakamNya) telah dianggap hina. Hanya jauhari mengenal manikam – orang yang beriman juga yang menghargai mujahid, syuhada’ dan para solehin.

Justeru, ketika nama dan harta mula melengkari hidupmu… mungkin ketika itu percikan-percikan api jahiliyah mula membakar jiwa mu. Cinta dunia itu kepala segala kejahatan. Bukan mudah untuk meletakan dunia di tangan, iman di hati. Dunia itu umpama gadis yang cantik, di samping kita menjaga agar orang lain tidak menodainya, kita sendiri harus menjaga diri ketika menjaganya.

Ya, berapa ramai orang yang lupa kita terlalu asyik mengingatkan? Berapa ramai yang lalai dengan Allah ketika begitu pantas dan tangkas mengucapkan kalimah cinta-Nya? Mereka hanya umpama tanah yang keras dan kering… mampu menakung air untuk memberi minum orang lain, tetapi hati sendiri gersang dan terbakar kerana kehausan!

Lalu aku ingin mengingatkan diriku dan dirimu… berhati-hatilah ketika berbicara tentang hati. Betapa banyak hati yang lalai kerana dihijab oleh limpahan peringatan. Umpama anak benih yang mati “kelemasan” kerana terlalu banyak disirami air! Atau lilin yang membakar diri… kononnya untuk menerangi orang lain!

Dunia yang diselubungi hedonisme dan materialisme ini tidak sudi berpaling kepada para muttaqin. Dan mereka yang berpegang pada sunnah, akan semakin dilihat asing. Terpinggir. Terpencil… malah dibenci oleh umat Islam sendiri. Para daie yang ikhlas, tidak bermuka-muka… terus bekerja tanpa menggamit nama dan biaya. Mereka hanya mendapat kebahagiaan ketika bekerja tanpa diketahui oleh yang lain. Marilah kita berdoa untuk para mujahidin di seluruh dunia, yang ketika ini sedang dihenyak, dibelasah dan disekat oleh pelbagai tribulasi dan mehnah.
Sesungguhnya, apa yang kita deritai kerana jalan Allah ini… tidak secubitpun jika dibandingkan dengan kesusahan mereka. Berdoalah untuk mereka… agar diberi taqwa, sabar dan kebijaksanaan serta keberanian dalam menghadapi pejuang syaitan (fisabilitthagut). Mudah-mudahan satu ketika nanti, kami yang kerdil ini mampu menyusul dan menyusur jalan-jalan mulia yang kau telah rentas itu.

Untuk mu pengunjung blog, izinkan aku menguruskan beberapa cabaran ketika ini. Insya-Allah, akan menyusul nanti entri yang lebih serius dan menjurus. Namun, sebelum berpisah terimalah dariku sekadar dua tulisan ini sebagai “selingan”.

Bagi mereka yang begitu beria-ria untuk ke hadapan… milikilah dulu jiwa yang kental. Sesungguhnya persediaan akan memantapkan bakat. Kesabaran akan meningkatkan minat. Menulis itu memerlukan keyakinan bukan hanya keringat!

i) PEDANG SAYIDINA ALI

Sayidina Ali punya pedang yang begitu digeruni oleh musuh-musuhnya. Pedang yang bernama Zulfaqar itu sentiasa dibawa bersamanya dalam peperangan-peperangan dengan orang kaum musyrikin. Dan setiap kali membawa pedang itu, Sayidina Ali berjaya mengalahkan musuhnya. Berita tentang kehebatan pedang itu sampai kepada seorang lelaki. Dia juga seorang pejuang Islam. Tertarik dengan berita kehebatan pedang itu, lelaki itu pun datang menemui Sayidina Ali dan berkata,” tolong pinjamkan aku pedang mu yang hebat itu.” Tanpa banyak bicara Sayidina Ali pun meminjamkan pedang itu kepada lelaki tersebut. Lelaki itu sangat gembira. Apabila sahaja terjadi peperangan, dia pun pergi dengan membawa pedang itu sekali. Dia ingin merasai sendiri kehebatan pedang Sayidina Ali itu.

Tidak lama kemudian perang pun tamat. Lelaki itu pulang dengan pedang yang dipinjamkan oleh Sayidina Ali itu. “Nah, ambillah kembali pedang ini,” katanya sebaik menemui Sayidina Ali. “Bagaimana, hebat tak pedang ini?” tanya Sayidina Ali. “Ah, biasa-biasa sahaja. Jika aku tahu begini, tak akan aku pinjam pedang ini daripada mu. Mengapa pedang ini tak sehebat yang diceritakan?” “Kau hanya meminjam pedang, tetapi kau tidak “meminjam” tangan yang memegang pedang itu!” kata Sayidina Ali.


Pengajaran:

Kekuatan utama manusia bukan kepada alat-alat yang digunakannya, tetapi pada dirinya sendiri. Teknologi yang canggih hanya akan membawa kebaikan jika manusia yang menggunakannya memiliki hati yang bersih dan fikiran yang bijak. Di tangan orang yang dungu, teknologi walau secanggih mana pun tidak akan dapat digunakan. Manakala di tangan orang yang jahat, teknologi hanya akan membawa seribu satu kejahatan dan kehancuran.

ii) MISKIN HARTA, MISKIN JIWA

Seorang pendakwah menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang sangat mengaibkan itu. “Saudara ku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat.” “Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam satu hari puas saya berjalan ke hulu, ke hilir untuk memohon simpati orang. Kalau saya tak kuat masakan saya dapat menahan panas, hujan dan pelbagai cabaran cuaca ini,” jawab pengemis. “Kerja mengemis ini hina. Hilang maruah diri.” “Siapa kata hina? Inilah kerja yang mulia. Saya menjadi sebab orang lain mendapat pahala. Kekadang saya juga mendapat pahala sabar bila orang caci saya. Pahala syukur bila orang memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa kepada orang memberi sedekah kepada saya. Hinakah?” Pendakwah terdiam. Dalam diam dia berdoa. Rupanya pengemis itu bukan hanya miskin harta tetapi miskin jiwanya. Alasan untuk malas sentiasa ada. Kreatif betul tipuan syaitan.

Pengajaran:

Malas adalah satu dosa. Ramai yang tidak nampak hakikat itu. Pelbagai alasan diberikan untuk malas termasuk atas hujah dan dalil agama. Kepalsuan yang bersalut kebenaran bukan sahaja mampu menipu orang lain, tetapi paling malang... menipu diri sendiri.

Sumber: http://genta-rasa.com/2010/04/05/dengan-keyakinan/
(Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)