Nuffnang Ads

Thursday 11 November 2010

Bersederhana itu kekayaan yang nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin"

Jika perlu marah, marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar;
jika perlu menangis, menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang;
jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.

Jika mahu miskin, miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi kufur;
kalau mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah;
jika mahu menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia.

Kalau mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa;
kalau mahu dua buah rumah, belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas;
kalau mahu menimbun harta, bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah.

Kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat;
kalau mahu memperkatakan hal orang, berkatalah asal jangan sampai mengumpat;
kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun berusaha kuat sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya.
Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.
Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis;
orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau;
orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak berdaya.

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta;
binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia;
binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya bersederhana dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan di jalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan."

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin; menyimpan harta jangan sampai digelar si bakhil, beribadah jangan sampai semakin jahil.

Kata sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya.


Note to self: Aku ini insan yang lemah, bergantung kepada Allah s.w.t. Maka, janganlah aku melanggar perintahnya... Astargfirullahhalazim.

9 comments:

Anonymous said...

Derka Derka?

Shahril said...

AsSalam Syafiq,

Alhamdulillah bahawasanya hanya DIAlah yang MAHA. Dialah Pengampun, Mengetahui, Adil, Bijaksana & Yang SATU.

Jika diizinkan, saya ingin mengambil nasihat ini buat peringatan bagi diri saya yang lemah ini.

Terima kasih,

Wassalam

Anonymous said...

Inspiring thoughts :)

Ahmad Syafiq said...

W'salam Shahril. Saya setuju dengan pandangan saudara. Marilah kita bersama-sama membaiki kelemahan kita sebagai hamba Allah. =)

-->Anonymous 20:39
Indeed. =)

Mohd Khairul Md. Isa. said...

salam bro mintak copy n share kt fb saya bleh?

Ahmad Syafiq said...

Share je Encik Khairul. Ni pun saya dapat dari blog Cina Islam, dan untuk dikongsi.

yanmaneee said...

yeezy boost 350
moncler
curry 4
yeezy shoes
moncler coat
kyrie irving shoes
air jordan shoes
nike max shoes
adidas yeezy
yeezy 700

Anonymous said...

s0p72b1t67 f6d55g7r68 v8p79t5g32 a7w49l8m03 u9f49h5a60 k5u59z5y73

readoa said...

h3q45p0u46 s8p61c7t36 w3h38f0r99 c5q06k8e34 c7d57n0i99 g2x50u2t36