Nuffnang Ads

Sunday, 13 April 2008

Apabila pemimpin dilaknat Allah

MUNAFIK merupakan perlakuan paling dibenci oleh Allah pencipta alam. Kemunafikkan boleh mengakibatkan gugurnya iman. Bohong, menipu, mengadu domba, memutar belitkan kenyataan, pemesongan fakta sejarah dan terjadinya pelbagai kejadian jenayah adalah kesan dari sikap munafik.

Saat bertemu Datuk Ibrahim Azmi (Ustaz) mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Trengganu beliau ada menjelaskan sikap serta tindak tanduk paling bahaya dan perlu dijauhi adalah MUNAFIK kerana ia bukan sahaja boleh memecah belahkan perpaduan ummah malahan kemunafikkan turut menjerumus kepada laknat dari Ilahi.

Menurutnya baginda Nabi Muhamad S.A.W pernah memperjelaskan kepada para sahabat bahawa orang munafik adalah ibarat seekor kala jengking hitam berbisa yang berada diatas batu hitam di waktu malam hari. Amat sukar untuk mengenalinya. Namun begitu sikap orang munafik boleh dilihat melalui tindak tanduknnya seperti bila bercakap seringkali berbohong.

Disamping itu setiap kali dia berjanji maka seringkali dimungkiri. Seorang yang munafik juga terlalu suka menipu, pandangan serta pendapatnya tidak boleh diguna pakai.Kesan kemunafikkannya itu menyebabkan perbalahan sesama manusia mudah tercetus dan sekiranya dia diangkat menjadi pemimpin maka banyak kemusnahan akan terjadi.

Melihat dari penjelasan tersebut mampukah kita menafikan Abdullah Ahmad Badawi mempunyai ciri-ciri seorang yang munafik? Kepura-puraannya untuk dilihat baik, lemah lembut serta santun disamping seringkali mempamerkan gambaran alim tidak mungkin mampu menutup kemunafikkan dirinya.

Saat menerajui kepimpinan negara melalui satu acara dialog yang tersiar di saluran TV3, Abdullah Ahmad Badawi memberitahu bahawa anaknya bernama Kamaluddin tidak pernah memperolehi sebarang kontrak atau peluang berniaga dari kerajaan, sedangkan semua rakyat tahu terlalu banyak kepentingan perniagaan anaknya adalah terhasil dari pengaruh sebagai anak Perdana Menteri .

Saat menafikan hubungan cintanya dengan Jeanne Danker yang merupakan bekas adik ipar Allahyarhamah isterinya Datin Hendon dia memberitahu masyarakat media semua berita tersebut adalah gossip semata-mata. Sebaliknya dua bulan selepas itu Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pernikahannya dengan Jeanne Danker.

Kesan dari tindakan tersebut mengundang pelbagai tanda tanya di hati rakyat apakah sebelum pernikahannya dengan Jeanne dia memang mempunyai hubungan cinta terlarang? Sejauh mana benar dakwaan hubungan cinta antara mereka terjalin selepas kematian isterinya masih berlegar menjadi seribu satu misteri,

Peristiwa pembubaran Dewan Rakyat untuk memanggil pilihanraya ke 12 pada 8 Mac 2008 lalu turut mempamirkan munafiknya Abdullah Ahmad Badawi apabila dia menafikan berita tentang pembubaran Dewan Rakyat, sebaliknya pada keesokkan harinya tanpa segan dan silu dia mengumumkan pembubaran tersebut. Rakyat terpempan melihat pembohongan tersohor dilakukan oleh pemimpin berimejkan imam besar Islam Hadhari.

Cetusan dalam memperkenalkan mazhab baru Islam Hadhari turut menyaksikan bagaimana dia mahu agar seluruh umat Islam melihatnya dengan imej tokoh agama serta turut mengaguminya sebagai pejuang Islam tulin, malahan beberapa tindak tanduknya turut dipamirkan usaha mahu dimertabatkan dirinya sebagai pemimpin Islam.

Tanpa segan dan silu dia akan berdiri di barisan hadapan saf-saf makmum saat mengerjakan solat bersama rakyat sebagai imam. Abdullah Ahmad Badawi juga seringkali mengungkapkan retorik seolah-olah dirinya adalah pahlawan pembawa obor suci Islam melalui kempen Islam Hadhari.

Sebaliknya tindak tanduk serta perlakuan dikhalayak jelas amat bertentangan dari prinsip Islam sejati yang melarang sama sekali mana-mana lelaki menyentuh batang tubuh wanita yang bukan muhrimnya seperti yang terjadi bersama Michel Yeoh di Pesta Monsoon Cup serta majlis hiburan di Seri Perdana.

Tanpa segan dan silu dia sanggup bercumbu-cumbuan atau berkucupan dengan isterinya di khalayak ramai. Begitu juga saat menyeru agar seluruh umat Islam menghayati serta mempraktikkan ajaran Islam sepenuhnya, dia gagal bagi menyedarkan isterinya agar mempamerkan ciri-ciri wanita Muslimah sejati.

Dengan memegang jawatan Menteri Kewangan, Abdullah Ahmad Badawi yang seringkali menyeru seluruh umat Islam agar menjauhi arak, riba, judi dan zina menjadikannya seorang pemimpin Islam cukup munafik kerana persoalan lesen judi, cukai penjualan arak serta kadar faedah terletak dibawah kementeriannya (kewangan).

Tindak tanduk sebegitu benar-benar memperlihatkan Abdullah Ahmad Badawi seolah-olah mempermainkan seruan Ilahi kerana disatu masa dia berseru kepada jihad menentang perjudian, arak, riba dan perbuatan zina yang merupakan antara dosa besar dalam Islam.

Dalam waktu yang sama dia juga bertindak sebagai penganjur kepada kegiatan sedemikian kerana lesen atau kelulusan setiap perniagaan permis perjudian, penjualan arak serta bank-bank mahupun cukai hotel terletak dibawah kementeriannya.

Sesungguhnya perbuatan tersebut memperlihatkan kemunafikan terkeji dilakukan. Sewajarnya dia tidak memegang portfolio yang ada hubung kait dengan kegiatan sedemikian kerana imej sebagai pemimpin Islam dengan menjadi imam saat melakukan solat serta seruannya melalui Islam Hadhari sentiasa mengajak setiap umat menjauhi atau tidak terlibat dengan kegiatan tersebut.

Seandainya dia masih mahu memegang teraju di kementerian kewangan seperti yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dia tidak seharusnya mempamerkan imej seorang yang alim untuk menjadi munafik.

Mantan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah mempamerkan imej pejuang Islam secara menaiki mimbar pada sembahyang Jumaat dengan membacakan pelbagai ayat suci al Quraan serta berseru kepada jihad memerangi gejala maksiat arak, judi, riba dan zina mengalami musibah politik cukup mengaibkan kerana tindak tanduk sedemikian seolah-olah mempersendakan kemurnian serta kesucian seruan Ilahi apabila di waktu yang sama kesemua lesen perniagaan tersebut berada dibawah kementerian yang diterajui olehnya.

Begitu juga Abdullah Ahmad Badawi, seorang cucu ulamak mengiizinkan dirinya terperangkap dalam kemunafikkan sebegitu jelek dan jijik apabila atas nama politik sanggup memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan yang bertanggung jawab mengeluarkan lesen perjudian, cukai arak dan lesen pinjaman kewangan beroreintasikan kepada kegiatan riba.

Janji dan balasan tuhan terhadap perlakuan mempersendakan hukum serta seruannya seringkali dapat dilihat sewaktu sesaorang itu masih hidup. Kerana itulah musibah yang dialami oleh pemimpin yang mempamerkan imej sebagai pejuang Islam tetapi diwaktu yang sama mengasosasikan dirinya dengan kegiatan bertentangan ajaran Islam seringkali menerima laknat dari Allah.

Laknat dan musibah sedemikian bukan hanya terpalit kebatang tubuh sesaorang pemimpin sahaja, ia turut dialami oleh orang yang di pimpinnya. Dalam konteks ini setiap musibah yang berlaku di negara ini serta penderitaan rakyat merupakan kesan dari kemunafikan yang dilaknati oleh Allah dilakukan oleh mereka bernama pemimpin.

Sampai bila rakyat harus diperbodohkan oleh tindak tanduk pemimpin munafik sedemikian? Wajarkah hanya kerana gagalnya para pemimpin memisahkan dirinya dari nafsu nafsi politik mengakibatkan rakyat menderita kesan dari laknat Ilahi? Fikir-fikirkanlah.

by Kamal Amir

Source: www.malaysia-today.net

No comments: