Nuffnang Ads

Monday, 20 April 2009

Kemusnahan hidup berlaku kerana berpaling daripada ajaran Islam

Wahai hamba-hamba Allah, saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengikut sekali perintahnya dan meninggalkan segala larangannya, maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa. Carilah bekalan, sebaik-baik bekalan itu ialah bertaqwa kepada Allah.

Saudara-saudara sidang Jumaat

Untuk membuktikan ketaqwaan kita terhadap Allah S.W.T , marilah kita menerima hakikat kedatangan Rasulullah s.a.w kerana baginda adalah satu-satunya nabi akhir zaman. Penutup rasul2rasul kurniaan Allah S.W.T . Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Kalau kamu kehendaki nescaya kami bangkitkan pada setiap kampung ini seorang rasul yang memberi pengajaran : (Al-Furqan: 51)
Namun begitu bagi manusia akhir zaman cukup dengan seorang rasul iaitulah nabi aMuhammad s.a.w . Namanya telah diisytiharkan oleh nabi-nabi di zaman dahulu. Kedatangannya membawa kitab Al-Quran Al-Karim. Cahaya yang menerangi seluruh alam laksana terbitnya matahari maka lampu-lampu tidak berguna lagi. Maka begitulah kitab-kitab yang dahulu di mansuhkan dan semua ajaran hendaklah ditinggalkan.

Walaupun demikian terdapat dikalangan manusia yang menolak petunujuk Allah S.W.T termasuk dikalangan penduduk Mekah, pimpinan-pimpinan dan orang-orang tua mereka yang melihat peristiwa kelahiran nabi Muhammad s.a.w, melihat akhlaknya yang mulia, kebijaksanaan akalnya yang luar biasa. Tetapi mereka tetap juga menolak ajaran nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah : “Dan mereka berkata: Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, niscaya kami akan diusir dari negeri kami. Dan apakah Kami tidak meneguhkan kedudukan mereka dalam daerah haram (tanah suci) yang aman, yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan dari segala macam (tumbuh- tumbuhan) untuk menjadi rezki (bagimu) dari sisi Kami?. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (Al-Qasas : 57)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah:

Begitulah kejahilan dan kejahatan yang ditunjukkan oleh pemimpin Mekah. Mereka menunjukkan engkar mereka terhadap Al-Quran yang dibawa oleh nabi s.a.w dengan menuduh sekiranya petunjuk Al-Quran diikut huru haralah negara Mekah, akan susahlah kehidupan, akan berlakulah bencana dan berbagai kesusahan.

Mereka tidak menyedari bahawa Allah S.W.T meletakkan mereka dibumi Mekah yang kering kontang, tiada kebun dan buminya tidak subur tetapi manusia membawa semuanya itu dari seluruh pelosok dunia sejak dibuka di zaman Nabi Ibrahim a.s sehingga hari ini. Itu membuktikan bahawa rezeki dan keberkatan adalah kurniaan daripada Allah S.W.T.

Adapun mereka yang degil dan keras kepada itu menolak Nabi Muhammad s.a.w daripada menegakkan ajaran yang dating daripada Allah S.W.T sehingga memaksa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah.

Penduduk-penduduk Madinah dikalangan Aus dan Khazraj telah beriman kepada Allah S.W.T, Allah S.W.T melahirkan kepada mereka seorang rasul dan menjadikan umat yang paling besar dan berjaya memimpin dunia.

Umat yang pertama menjadi contoh dan teladan kepada seluruh manusia sehingga menundukkan kuasa-kuasa besar dizamannya dan kegemilangan Islam berterusan selepas itu beberapa abad.

Marilah kita menyedari hakikat yang di alami oleh umat Islam di hari ini. Umat Islam tidak lagi dianggap umat yang terbaik bahkan disenaraikan sebagai umat dunia ketiga. Umat yang papa dan hanyut dikalangan umat-umat yang lain. Apakah puncanya dan sebabnya.

Marilah kita membuat perhitungan dan menilai diri dengan seadil-adilnya. Tidak lain dan tidak bukan perkara itu berlaku apabila umat islam meninggalkan petunjuk yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w. Ketahuilah bahawa bangsa-bangsa yang dianggap maju pada hari ini hanya dianggap maju dari segi kebendaan semata-mata.

Namun mereka telah kehilangan punca diluar daripada batas-batas kemanusiaan. Kerosakkan dan kemusnahan telah dianggap suatu perkara yang baik dan sebilangan perkara yang baik dikira buruk. Amanah dikhianati manakala pengkhianat telah dianggap sebagai pemegang amanah yang sebenar. Begitulah kecelaruan hidup dalam dunia pada hari ini.

Malangnya terdapat dikalangan umat Islam sendiri yang mengaku bahawa mereka adalah orang Islam dan penganut agama Islam, tetapi mereka bersikap seperti pemimpin-pemimpin mekah dizaman Rasulullah yang menolak petunjuk Al-Quran Al-Karim. Mereka berkata “kembali kepada Islam laksana kembali ke zaman mundur dan kembali kepada Al-Quran laksana sengaja menempah kemunduran dan kemusnahan, akan melesetlah segala ekonomi dan kehidupansekiranya mengikut halal dan haram sebgaimana yang diperintaholeh Allah S.W.T.

Maka mereka menjadi umat islam yang bercelaru dimana mereka beramal dengan muamalat Islam namun dalam masa yang sama mereka tidak berani mengharamkan riba dan mengharamkan rasuah bahkan mereka menganggap mengharamkan riba, arak dan menghapuskan premis-premis pelacuran dan maksiat akan menjejaskan pendapatan ekonomi kerana mengahalang kedatangan pelancong yang memberi sumber pendapatan kepada rakyat.

Lalu mereka beramal dengan ajaran islam yang direka oleh mereka sendiri, maka banyak hukum-hukum daripada Allah dan Rasululullah dipermain-mainkan.

Marilah kita menyedari bahawa Allah S.W.T memerintah orang-orang yang beriman supaya beramal dengan seluruh ajaran Islam. Beramal dengan sebahagian dan menolak dengan sebahagian yang lain adalah langkah-langkah syaitan. Firman Allah : “Wahai orang-orang Islam masuklah kamu ke dalam islam seluruhnya, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang nyata. (Al-Baqarah : 208)

Marilah kita menyedari merebaknya penyakit masyarakat laksan barah yang tidak boleh diubati dengan undang-undang dan peraturan yang paling keras seperti membunuh pengedar dadah, menyebat mereka yang merogol dan sebagainya, namun jenayah dan maksiat semakin merebak. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan kerana kita meninggalkan ubat yang diberikan oleh Allah S.W.T . Firman Allah S.W.T: “dan kami turunkan Al-Quran itu menjadi penyembuh kepada penyakit dan rahmat kepada orang-orang yang beriman, dan tidak menambahkan kepada mereka yang zalim melainkan kerugian semata-mata. (Al-Israa’).

Mengapakah dalam suasana begitu hebat Al-Quran dibaca, dibuka sekolah-sekolah tahfiz, tetapi penyakit-penyakit masyarakat terus merebak. Sebabnya mereka hanya menulis ayat –ayat tetapi tidak beramal dengan isi kandungannya. Laksana mereka mengambil ubat yang baik tetapi tidak dimakan.

Itulah hakikat umat Islam pada hari ini. Marilah kita menjadi umat yang sedar dan tidak berputus asa, untuk terus bangkit bersama-sama dengan Islam bagi menegakkan Islam di dalam diri kita dan tanahair yang tercinta ini. Dengarlah janji Allah S.W.T : “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (An-nur: 55)


(Disampaikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang)

1 comment:

Ladyship Atie said...

salam ahmad syafiq

if nak pinjam buku,
g tengok dulu kt my blog which book u want to borrow kay.