Cinta hakiki hanyalah pada Allah…
Pertama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.
Apakah beza di antara couple yang berpegang tangan dan couple yang tidak berpegang tangan tapi mengingati antara satu sama lain?
Aku pun terfikir... Adakah ber"coupling" ni haram? Ya, memang benarlah firman Allah dalam Surah Al-Israa', ayat 32:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan)."
Astarghfirullahhalazim... Betapa hinanya diriku ini... Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali mereka sendiri yang ingin berubah.
Maka, saya mesti mengumpulkan kekuatan untuk menghadapi ujian Allah yang tidak putus-putus... Insya-Allah, dengan bimbingan keluarga dan kawan-kawan yang baik, saya boleh menghadapi ujian ini.
Sesungguhnya kematian akan datang menjemput pada bila-bila masa. Oleh itu, marilah kita sama-sama membimbing di antara satu sama lain supaya hidup kita diredai Allah di dunia, dan di akhirat. Insya-Allah.
Wednesday, 29 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment