Nuffnang Ads

Friday 8 May 2009

Muhasabah diri

Aku merasai imanku,
semakin lemah dari hari ke hari.
Terlalu banyak dosaku kepada-Mu,
sampai tidak terkira.

Ibadah wajib dipandang remeh,
Solat dilambatkan atau ditinggalkan,
Sengaja atau tidak sengaja,
Betapa berdosanya hamba-Mu yang kerdil ini.

Aku merasakan diriku ini,
dalam lembah yang sangat hina,
Aku tidak layak untuk syurga-Mu,
Tetapi tidak ku sanggup ke neraka-Mu.

Ya Allah, aku banyak meminta kepada-Mu,
bahkan, doaku sentiasa diterima.
Tetapi, hamba-Mu ini lalai,
dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.

Ya Allah, aku merasakan diriku ini,
lebih teruk di sisi-Mu,
berbanding dengan hamba-hambaMu yang lain,
yang dengan senang hati menjalankan tanggungjawabnya.

Mengapakah beratnya hatiku ini,
dalam menjalankan atau melakukan kebaikan?
Bahkan, betapa ringannya hatiku ini,
apabila membuat dosa kecil atau besar.

Al-Quran jauh dari diriku,
yang menginginkan pemilik membacanya,
tetapi tidak dipedulikan oleh pemiliknya,
maka ia menjadi saksi terhadap perbuatanku kelak.

Nabi s.a.w telah pun bersabda,
dua perkara yang tidak akan menyesatkan manusia selama-lamanya,
Al-Quran dan sunnahnya,
maka, apa lagi nak ditunggu-tunggu?

Ya Allah, apakah yang harusku lakukan?
Bagaimana hamba-Mu ini boleh kembali ke jalan yang benar?
Anggota badanku menjadi saksi terhadap setiap perbuatanku kelak,
di mahkamah-Mu yang sangat adil.

1 comment:

sumaiya_siti said...

assalamualaikum
nice blog
truskan usha