Wahai Menteri di Jabatan PM, yang menjaga hal ehwal agama. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada semua untuk diikuti. Bukan mengikut dendam politik.
"Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mengikhtiraf borang yang ditandatangani Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan satu ugutan dan biadap terhadap sistem demokrasi Perlembagaan Negara." (Harakah Daily)
Kamu ingin memecah-belahkan rakyat Perak? Kenapa? Apakah kamu tidak senang melihat kerajaan pembangkang menerajui negeri Perak? Kenapa? Apakah motif untuk memecah-belahkan rakyat Perak? Kerana pemilihan UMNO pada bulan Mac ini? KENAPA???
"Selain itu beliau (Mujahid Yusof Rawa, MP Parit Buntar) turut menyelar tindakan Zahid yang mengkhususkan peruntukan khas hanya untuk wakil rakyat BN jika berlaku bencara seperti banjir, kebakaran dan sebagainya." (Harakah Daily)
Janganlah cuba menyeksa rakyat Perak. Ada rakyat yang menyokong kerajaan. Tetapi kalau inilah akibatnya, mereka boleh menjadi muak dengan kerajaan yang tidak adil terhadap pembangkang. Maka, undi pada pilihan raya akan datang akan beralih kepada pembangkang. Pembangkang pun rakyat Malaysia juga. Kenapa kebanyakan hak mereka ditindas? Kalau Demokrat dan Republican di Amerika Syarikat boleh bekerjasama dalam kerajaan, mengapa tidak BN dengan Pakatan Rakyat? Pakatan Rakyat sanggup bekerjasama dengan kerajaan untuk menolong mereka, tetapi apa yang mereka dapat? 'Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'.
"Sudahlah peruntukan sebanyak RM500 ribu kita tidak dapat, ini peruntukan khas wakil rakyat BN saja yang dapat. Sudahlah di peringkat Parlimen wakil rakyat PAS didera di peringkat negeri juga didera, mana demokrasi?" soalnya.
(Harakah Daily)
If the government will not change its attitude, then a change of government is needed. Therefore, Ahmad Zahid Hamidi, beware of the people's sentiments. BEWARE.
Wednesday, 21 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
What was the thing that the JKKK asked to be signed?
And how did harakah get all this?
How valid are they?
Post a Comment