Nuffnang Ads

Thursday 20 March 2008

Sempena Maulidur Rasul

Hari ini: 12 Rabiulawwal 1429H.

Sempena Maulidur Rasul, marilah kita memikirkan bagaimana Islam akan mencapai kemenangan dengan menganalisis ayat di bawah:

"Islam tidak menang hanya kerana nama perjuangan itu adalah perjuangan Islam. Kemenangan adalah untuk kesempurnaan usaha melengkapi syarat kemenangan."

Pada pandangan saudara/saudari, bukankah 'proverb' di atas sangat benar? Jika kita mahu Islam mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat, kita mestilah berusaha dahulu ke arah kemenangan tersebut. Kemudian, barulah Allah akan mengizinkan kemenangan tersebut dengan kehendak-Nya.

Oleh itu saudara dan saudari sekalian, marilah kita berusaha sebelum kita bertawakal kepada Allah.

Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Assalamualaikum.

1 comment:

Al-Faqir 'Abdullah Munib ilaiHi said...

tahniah syafiq, teruskan usaha dan tingkatkan rasa ketaqwaan kepada ALLAH. semoga ukhuwwah antara kita terpelihara.