Nuffnang Ads

Thursday, 5 February 2009

Di manakah silap fikrah orang Melayu?

Di sini ingin saya nyatakan bahawa kita tidak perlu ke Palestin untuk menentang kezaliman. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentang kezaliman dan kejahatan di mana sahaja ia berada, termasuk dalam negara kita sendiri. Zionisme tidak memiliki sempadan.

Tetapi, saya agak kecewa apabila melihat orang Melayu berlumba-lumba bangun menentang Isreal yang zalim. Mereka bertempik marah apabila rumah diruntuhkan di Hebron. Tetapi mereka tidak bersuara apabila rumah diruntuhkan di Kampong Berembang atau di Plentong atau di Chubadak.

Orang Melayu marah apabila masjid diroboh di Jenin tetapi orang Melayu tidak marah apabila melihat gereja Orang Asli diruntuhkan di Gua Musang.

Orang Melayu keluar berdemonstrasi kerana tanah rakyat Palestin dirampas tetapi mereka tidak pula bersuara apabila tanah-tanah Orang Penan dirampas. Mereka tidak pula bersuara apabila tanah adat di Sarawak satu demi satu dirampas oleh pemodal antarabangsa.

Hairan. Di mana silapnya fikrah Melayu ini? Kenapa bangsa Melayu memiliki nilai yang setengah jalan? Di mana akal fikrah mereka terputus?

Kalau di Palestin mereka yakin rakyat di sana sedang dizalami, kenapa apabila orang Penan dizalimi hati mereka tidak tergerak untuk membantu?

Apakah mereka tidak memahami bahawa kezaliman dan kejahatan itu tidak berbangsa dan tidak beragama? Kebaikan dan keadilan juga tidak berbangsa dan beragama.

Orang Melayu tidak dapat menerima Ketuanan Yahudi tetapi bagaimana orang Melayu yang sama dapat pula menerima Ketuanan Melayu? Di mana songsangnya fikrah Melayu ini? Apakah mereka telah terputus nilai kemanusiaannya?

Justeru sesudah membaca tulisan ini, marilah kita bersama-sama meneliti dan menilai kembali nilai Melayu kita. Apakah kita benar-benar faham tentang kezaliman dan keadilan.

Atau kita hanya menjadi pak turut – ber-Gaza ke hulu ber-Gaza ke hilir. Orang bercakap hal Gaza, maka kita pun bercakap hal Gaza tanpa kita melihat ke dalam hati nurani kita sendiri.

(Hishamuddin Rais - Malaysiakini.com)

8 comments:

her said...

ahmad syafiq..

betol2 tue betol..

tp ketuanan melayu kerana mmg tanah ini tanah melayu asalnya...

sdgkan dlm alquran.. ALLAH dah ckp israek xkan pernah ade tanah mereka snd smpi hari kiamat..

ibnu sina inamza said...

for me,ketuanan melayu just 4 sake of some group yg ade interest..then, they never care about other...too much shit and bullshit here and around malaysia...

n then,some malays still fail to see the justice in front of their eyes

Ahmad Syafiq said...

to aiman: kalau hal ketuanan melayu tu saya tak ada apa2 untuk dikomenkan, kerana saya mempercayai demokrasi untuk rakyat (regardless of their race and religion)

to anis: well, ketuanan melayu ni saya tak ada apa2 nak dikomenkan juga, tapi kalau ia hanya menguntungkan segelintir melayu, apa gunanya ketuanan Melayu?

And justice, time and time again had been denied. And yet some people fail to see it. I agree.

Aaron Nair said...

Oh for Aiman, Parameswara, Kesultanan Melayu Melaka memang dari Tanah Melayu sendiri lah ye. Palembang tu Tanah Melayu gak? Geografi bertaraf dunia wa cakap lu.

Oh..ye ke? Al-Quran sebegitu berdiskriminasi kepada Yahudi jugak? Wow..sedangkan saya berpendapat bahawa Islam mementingkan kesamatarafan. Tsk tsk..am I wrong to think so Syafiq?

Ahmad Syafiq said...

For the Al-Quran, Aaron, you cannot simply say that the Al-Quran is discriminating the Jews. If one remembers, Moses went to talk with God while leaving the Jews behind. Then, this one Jew had started worshipping something else and the rest followed. This is clearly what we call 'syirik', menyatukan Tuhan dengan sesuatu yang lain.

It is true the Jews were promised a land if they stay true to Moses' teaching that God is the one and truly, but they rescind on their promise by worshipping something else. That's why the Jews from Moses' time did not deserve a land.

Race and religion are 2 different aspects. For example, if you're melayu, it doesn't mean you're a muslim. But on the other hand, if you're a muslim, it doesn't matter what race you are.

Even though Israelis now have Israel, it still doesn't give them the right to destroy a democratically-elected government of Hamas. We must remember that Zionists and Judaism are real different. This means that some Israelis are Zionists and some Isrealis are Judaism and some Israelis are of different religions.

Those Zionists are the one causing destruction, while non-Zionist Israelis are against the Zionists.

Remember what I said last time? In any group of humans, there are good and bad people.

Aaron Nair said...

Of course Syafiq. I just boil at the sight of racist myopia, discrimating to the very last drop.

danial syafiq said...

read sam bourne's the last testament. though its purely fictional (intertwined with historical facts/myths), worth a read really.

oh its about the israelis and palestinians. how they are about to finally close a deal on a peace negotiation, only to be delayed by the discovery of the long lost testament.

purely fictional keep that in mind.

danial syafiq said...

the deal*